EDU3024 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR


SINOPSIS KURSUS:


Kursus ini membincangkan aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa, keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga diketengahkan.



LEARNING OUTCOMES:

  • Mengenal pasti perkembangan pelajar remaja dalam konteks bilik darjah (C4, CS3).
  • Menilai, menganalisis dan mengurus pembelajaran isu-isu remaja untuk menyelesaikan masalah pembelajaran (A4, C6, CTPS3).
  • Mengorganisasikan pembelajaran remaja dalam konteks kognitif, psikomotor dan afektif (C4, P4, A4).
  • Mengadaptasikan kecerdasan pelbagai dan emosi untuk memimpin aspek-aspek pembelajaran berasaskan minda pelajar remaja melalui tugasan/projek (P5, A3, C4).


PENILAIAN:

TUGASAN - 80%

PEPERIKSAAN AKHIR - 20%

JUMLAH - 100%



EDU3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


SINOPSIS KURSUS:


Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.



LEARNING OUTCOMES:

  • Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasar-dasar (C4, TS3).
  • Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi sukatan pelajaran (C4).
  • Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2).
  • Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (A3, CS3).


PENILAIAN:

TUGASAN - 60%

PEPERIKSAAN AKHIR -40%

JUMLAH - 100%



KPF5012 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SINOPSIS KURSUS:


Kursus ini membincangkan perkembangan dan perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia daripada sebelum merdeka hingga kini. Perbincangan meliputi falsafah pendidikan Barat dan Islam, serta kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi asas pelaksanaan sistem pendidikan negara. Perbincangan juga adalah berkaitan KBSM sebagai wahana penterjemahan FPK manakala guru dan profesion perguruan di bawah satu struktur pentadbiran pelajaran ialah agen pelaksana kurikulum ke arah mencapai hasrat FPK. Isu-isu yang timbul kesan daripada perkembangan terkini bidang pendidikan juga dibincangkan.



LEARNING OUTCOMES:

  • Menyedari kepentingan falsafah sebagai asas dalam perancangan dan perlaksanaan pendidikan.
  • Dapat mengguna pakai unsur-unsur falsafah dalam merancang dan melaksanakan kurikulum sekolah menengah.
  • Berupaya menjadikan falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan guru sebagai panduan untuk merealisasikan rupa bangsa yang dihasratkan negara.


PENILAIAN:

TUGASAN - 50%:

Tugasan Kumpulan - 15%
Tugasan Dalam Kelas - 35%

PEPERIKSAAN AKHIR - 50%

JUMLAH - 100%


KPR5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


SINOPSIS KURSUS:


Kursus ini meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan latarbelakang sejarah dan pemikiran kajian tindakan, definisi, rasional dan kepentingan kajian tindakan. Di samping itu prosedur dan proses menjalankan kajian tindakan juga akan diberi tumpuan. Kemahiran-kemahiran khusus berkait dengan perlaksanaan kajian tindakan seperti kaedah dan teknik pengumpulan data, analisis dan interpretasi serta menulis proposal kajian tindakan juga akan diberi perhatian. Isu-isu lain yang berkaitan dengan melaksanakan kajian tindakan dengan lebih beretika dan berkesan seperti isu etika, kesahan dan kebolehpercayaan dan generalisasi akan didedahkan. Bukti-bukti kajian tindakan akan dijadikan bahan untuk pelajar memahami dan menganalisis dapatan kajian tindakan bagi mendapatkan pemahaman serta kemahiran yang sesuai dalam melaksanakan kajian tindakan.



LEARNING OUTCOMES:

  • Pelajar dapat mengenalpasti pelbagai jenis masalah dalam penyelidikan pendidikan
  • Pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan kajian tindakan di sekolah
  • Pelajar dapat menilai secara kritikal hasil kajian tindakan
  • Pelajar dapat menjalankan kajian tindakan di sekolah


PENILAIAN:

TUGASAN - 60%:

Tugasan 1: Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan - 30%
Pembentangan - 10%
Tugasan 2: Laporan Kajian Tindakan - 20%

PEPERIKSAAN AKHIR - 40%

JUMLAH - 100%